HENTIKAN PENCEMARAN!

HENTIKAN PENCEMARAN!
DUB1012

Friday, 26 December 2014

DEFINISI


Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan penggunaan halal alam sekitar.

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya.



PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

  • Penggunaan baja kimia yang secara berlebihan
  • Penebangan pokok-pokok secara berleluasa
  • Pembakaran terbuka
  • Pembebasan gas-gas (gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dll)
  • Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk
  • Pembuangan sisa-sisa toksik



KESAN-KESAN PENCEMARAN

  • Pencemaran udara dan jerebu
  • Fenomena hujan asid
  • Pencemaran bau
  • Pencemaran air
  • Kemusnahan hidupan akuatik
  • Peningkatan suhu sekitar/ pemanasan setempat
  • Keracunan
  • Hakisan tanah dan banjir
  • Mengancam kesihatan manusia
  • Merosakkan harta benda



LANGKAH-LANGKAH

Keprihatinan Malaysia terhadap pencemaran alam masa kini.


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari dan memulihara alam sekitar yang tercemar.
  • Sebagai langkah bagi menghijaukan semula Cameron Highlands, NRE bersama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah menganjurkan penanaman pokok selama dua hari berturut-turut iaitu pada 7 Mac 2015 dan 8 Mac 2015.

Kementerian Pelajaran

  • Mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar dan berusaha melindunginya.
  • Pendidikan alam sekitar ini amat penting kerana ia dapat membentuk sikap positif dalam diri individu terhadap alam sekitar.
  • Pendidikan alam sekitar haruslah diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan di teruskan pada peringkat menengah iaitu melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
  • Contoh matapelajaran yang boleh diterapkan nilai sayangi alam sekitar adalah Sains (Biologi), Kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.
  • Adanya Kesedaran individu tentang pentingnya kualiti alam sekitar dan masalah yang mungkin timbul akibat perbuatan manusia mencemarkan alam.




Kempen Kesedaran

  • Kementerian Pelajaran dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar. Antara kempen-kempen tersebut adalah Kempen Cintailah Sungai Kita, Kempen Kitar Semula, Sahabat Alam, Pameran Alam Sekitar, Kempen Didik Cintai Alam Sekitar.
  • Selain itu, terdapat banyak kempen lain turut diadakan seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar (anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM), Program Kesedaran Alam Sekitar, Kempen Kesedaran Kitar Semula serta Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin di Bangunan-Bangunan Kerajaan Negeri Selangor. 
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas keberkesanan aktiviti dan penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota masyarakat bagi membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras kegiatan yang merosakkan alam sekitar.




 Kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)


Undang-undang dan Peraturan

  • Salah satu langkah yang menunjukkan keprihatinan Malaysia adalah melalui penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ia merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang mempunyai peranan didalam mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya yang menyekat pencemaran dari point sources.
  • Sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu serta mematuhi had yang telah ditetapkan di bawah Akta dan peraturan berkaitan sebelum dilepaskan.
  • Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar diperbanyakkan.
  • Bagi masalah pencemaran air yang melibatkan pencemaran sungai Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) diberikan peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memasang Sistem Penapis Sisa Makanan (Food, Oil & Grease Trap) untuk menghalang sisa makanan dan minyak disalurkan terus memasuki sungai.
  • Sekiranya disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
  • Denda tambahan pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap kesalahan yang di teruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya.





Perwartaan Hutan Simpan

  • Jabatan Perhutanan dan Semenanjung Malaysia (JPSM) di bawah NRE telah ditugaskan untuk menjaga hutan negara yang telah diwartakan sebagai hutan simpan. 
  • Jabatan ini memainkan peranan penting untuk menjaga hutan daripada diterokai dengan haram serta berleluasa yang akan menyebabkan pencemaran tanah, air dan udara. 
  • Tindakan yang diambil oleh jabatan ini adalah tindakan undang-undang.
Hutan Simpan Belum, Perak
Hutan Simpan Mencali
Hutan Simpan Sepilok

Kaedah Sains

  • Kaedah Sains seperti pembenihan awan.
  • Pembenihan awan adalah proses bagi menghasilkan hujan berikutan cuaca panas, jerebu atau kes lain-lain yang terdesak yang memerlukan hujan.
  • Jenis-jenis pembenihan awan :
  • Pembenihan dinamik awan
  • Pembenihan awan higroskopik
  • Pembenihan awan statik
  • Mengurangkan kekeringan hujan boleh memberi air untuk tanaman.
  • Meningkatkan bekalan air bersih sehingga orang-orang di dunia boleh memastikan keperluan mereka selalu sedia.
  • Mengurangkan saiz ‘hailstones’. ‘Hailstones’ amat bahaya bagi manusia dan hanya hujan dapat menghindarinya.
  • Mementikan ribut taufan yang utama yang terbentuk dan mengurangkan jumlah kerosakan.
  • Mengurangkan jumlah kabus di lapangan terbang sehingga keselamatan pesawat untuk berlepas akan terjamin.




Konsep 3R

  • Pengurang, guna semula dan kitar semula (Reduce, Reuse, Recycle)
  • Pengamalan konsep 3R adalah tidak asing lagi di Malaysia. 
  • Dapat mengelakkan daripada pembaziran sumber-sumber di dunia (Sumber- sumber terbatas)

  1. Reduce (Pengurangan)

    • Beli pencuci serbaguna
    • Beli barangan yang kurang bungkusan
    • Jual atau derma barangan yang tidak diperlukan
    • Beli produk tidak bertoksik

      2.  Reuse (Guna semula)

    • Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
    • Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
    • Bekas-bekas kontainer boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
    • Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
    • Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Bagi mengelakkan pembakaran kayu-kayu.

      3. Recycle (Kitar semula)

    • Proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
    • Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden.
    • Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik tekstil dan elektronik. 





    Kreativiti proses 3R









    VIDEO ANIMASI








    KESIMPULAN


    Kesimpulannya, Malaysia tidak hanya memandang sebelah mata mengenai isu pencemaran alam masa kini. Rakyat Malaysia telah menunjukkan sifat keprihatinannya dengan bertindak secara efisien melalui pelaksanaan kempen, penguatkuasaan undang-undang, pengamalan konsep 3R, inisiatif pembenihan awan, perwartaan hutan simpan dan melalui sistem pendidikan yang bernas.

    Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

    Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasam dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara. Justeru, kerjasama dan rasionaliti semua pihak amatlah diperlukan. 



    SUMBER RUJUKAN




    DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN 4 (DAT1A, SESI DIS 2014)

    POLITEKNIK KOTA KINABALU

    No comments:

    Post a Comment